Thursday, July 8, 2010

Kertas Kerja Minggu Matematik Sempena Minggu Matematik,SK.Kasagaan,Pitas

Buzz this

KERTAS KERJA PANITIA MATEMATIK

SEMPENA MINGGU MATEMATIK

SEKOLAH KEBANGSAAN KESAGAAN ,PITAS

2010

1. PENDAHULUAN

Sejajar dengan misi kementerian Pelajaran Malaysia iaitu “Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti”, Panitia matematik SK Kesagaan Pitas mengambil inisiatif melaksanakan “minggu matematik”. Program ini disusun untuk mengembangkan minat pelajar dalam meningkatkan pemahaman mereka terhadap matematik. Seterusnya membudayakan Matematik dalam kehidupan seharian. Oleh itu pelbagai aktiviti disusun ke arah mencapai matlamat tersebut.

1.1 Objektif

· Mengaplikasikan segala ilmu dalam kelas bagi meningkatkan pemahaman dalam

Matematik.

· Menimbulkan minat murid dalam Matematik.

· Menguji kemahiran murid dalam Matematik.

· Membudayakan Matematik dalam kehidupan seharian.

2. KUMPULAN SASARAN

2.1 Murid-murid tahap satu dan tahap dua seramai 160 orang.

3. PELAKSANAAN

3.1 Tarikh : 12 Hingga 16 Julai 2010

3.2 Hari : Isnin hingga Jumaat

3.2 Tempat : Sk.Kasagaan,Pitas

4. JAWATANKUASA PROGRAM

4.1 Penasihat : Pn.Noraini Atoh

( Guru Besar SK.Kasagaan,Pitas )

4.2 Pengerusi : Pn.Roseminah BT.Galib

( Ketua Panitia Matematik )

4.3 Setiausaha : Pn.Juridah Gapar

4.4 Bendahari : Pn.Anita Bt.Awang

4.5 AJK : En.Japaruddin Bin Ali Kasan

Pn.Junaidah Sh.Endun

5. JAWATANKUASA PELAKSANA

5.1 kertas kerja : Pn.Roseminah BT.Galib

5.2 Hadiah : Pn.Junaidah Sh.Endun

Pn.Anita

5.3 Persiapan Dewan : En.Mohd.Khairul Bin Abdullah

5.4 Juruacara : Pn.Roseminah Bt.Galib

5.5 Hakim Pertandingan

Kuiz Matematik : Pn.Juridah Gapar

5.6 Kawalan Disiplin : En.Japaruddin Ali Kassan

6. JADUAL PELAKSANAAN

TARIKH/HARI

MASA

AKTIVITI

TINDAKAN

TEMPAT

12 JULAI 2010

( ISNIN )

7.25 – 7.55 pagi

· Majlis Pelancaran

· Taklimat tentang minggu Matematik

Pn Roseminah

Tapak perhimpunan

13 JULAI 2010

( SELASA )

7.25 – 1.00 petang

· Operasi Asas M3

· (Tambah,Tolak,Darab dan Bahagi )

· Nombor 1 hingga 100 (Tahap I )

· Bijak Sifir (Jadual Sifir Pelbagai Guna)

Tahap II

Pn.Roseminah,

Pn.Juridah & Pn.Junaidah

Bilik Darjah

14 JULAI 2010

( RABU )

7.25 – 1.00 petang

· Bentuk dua & tiga Matra

· Pertandingan Menganggar Bilangan Guli dalam Balang (Tahap I )

· Pertandingan Menganggar berat, Isipadu Cecair dan Panjang Tali.(Tahap II)

Pn.Roseminah,Pn.Juridah,

Pn.Junaidah & En.Japaruddin

Bilik darjah

15 JULAI 2010

( KHAMIS )

7.55 – 9.55 pagi

· Kuiz Matematik Tahap II

Semua Guru Matematik

Kelas Tahun Enam

16 JULAI 2010

( JUMAAT )

7.10 -7.25 pagi

· Majlis Penutupan

Semua Guru matematik

Tapak perhimpunan

· Guru yang bertugas akan dibantu oleh pengawas-pengawas yang ditugaskan.

· Pertandingan Menganggar bilangan guli,berat,panjang ,Isipadu , pertandingan bijak sifir dan aktiviti nombor 1 hingga 100 dijalankan oleh Guru Matematik mengikut jadual pembelajaran yang sebenar.

7. Majlis Penutupan Minggu Matematik

7.1 Tarikh : 16 Julai 2010 ( Jumaat )

7.2 Masa : 7.15 pagi (Semasa perhimpunan mingguan)

7.3 Tempat : Tapak Perhimpunan

7.4 Perasmi : Pn.Noraini Atoh

( Guru Besar SK.Kasagaan )

7.5 Aturcara : Taklimat ringkas tentang Minggu Matematik 2010 yang

akan disampaikan oleh Pn.Roseminah Bt.Galib.

8. Majlis Penutupan Minggu Matematik

8.1 Tarikh : 16 Julai 2010 ( Jumaat )

8.2 Masa : 7.15 pagi (Semasa perhimpunan mingguan)

8.3 Tempat : Tapak Perhimpunan

8.4 Perasmi : Pn.Noraini Atoh

( Guru Besar SK.Kasagaan )

8.5 Aturcara : Penyampaian hadiah kepada para pemenang

8.6 Pengacara majlis : Pn.Roseminah BT.Galib

8.7 Penyediaan hadiah : Pn.Junaidah Sh.Endun

9. ANGGARAN KOS

Acara

Bilangan Pemenang

Hadiah

Pertandingan Melengkapkan nombor 1 hingga 100 Tahap I

Tahun 1 = 3 orang

Tahun 2 = 3 orang

Tahun 3 = 3 orang

Jumlah = 9 orang

RM3 x 9 orang =RM27

Pertandingan Menganggar Bilangan Guli dalam Balang,Berat,Isipadu cecair dan panjang Tali

Tahun 1 = 2 orang

Tahun 2 = 2 orang

Tahun 3 = 2 orang

Tahun 4 = 2 orang

Tahun 5 = 2 orang

Tahun 6 = 2 orang

Jumlah = 12 orang

RM3 x 12 orang =RM36

Bijak Sifir (Jadual pelbagai Guna )Bagi tahap II

Tahun 4 = 3 orang

Tahun 5 = 3 orang

Tahun 6 = 3 orang

Jumlah = 9 orang

RM3 x 9 orang =RM27

Pertandingan Kuiz matematik tahap II

Johan = 3 orang

N.johan = 3 orang

Ketiga = 3 orang

Penonton bertuah = 3 orang

Jumlah = 12 orang

RM3 x 12 orang =RM36

Jumlah keseluruhan = RM126

Penutup

Secara keseluruhannya, diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya,mendapat kerjasama padu dari semua guru dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh,

___________________________ _______________________

( PUAN ROSEMINAH BT.GALIB ) ( PUAN FATIMAH SILIM )

Ketua panitia matematik, Penolong Kanan Kurikulum,

SK.Kasagaan,Pitas. SK.Kasagaan,Pitas

Disahkan Oleh,

____________________

(PUAN NORAINI ATOH )

Guru Besar,

SK.Kasagaan,Pitas

2 comments:

rohayu abd.rani said...

rajin cikgu....boleh kongsi lagi program yang cikgu jalankan untuk peningkatan UPSR ?

ros said...

Terima kasih rohayu abd.sani..ini adalah hasil perbincangan dengan ahli panitia....

Post a Comment

my baby girl birthday

Lilypie First Birthday tickers

macam biasa juga ba...

Get from Utara.FM Widget